Wednesday, July 14, 2010

Proses

Secara amnya, proses perancangan kewangan peribadi ini di terima oleh umum sebagai 6 langkah iaitu:

  • Langkah 1: Menyediakan sasaran terhadap pelanggan.Langkah ini biasanya bertujuan mengenalpasti hala tuju pelanggan dalam aspek kewangan.Kebiasaannya langkah ini berkait rapat dengan langkah 2.

  • Langkah 2: Mengumpul maklumat yang berkaitan daripada pelanggan termasuk dari aspek kualitatif dan kuantitatif terutamanya yang berhubungkait dengan kewangan pelanggan secara khususnya dan yang tidak berkaitan dengan kewangan amnya.

  • Langkah 3: Menganalisis segala maklumat yang dikumpulkan untuk mengenalpasti kedudukan sebenar pelanggan dalam aspek kewangan. Hal ini turut bertujuan untuk menentukan sama ada pelanggan tersebut mempunyai sumber yang mencukupi untuk menuju ke sasaran yang ditetapkan serta mengenalpasti sumber-sumber tersebut.

  • Langkah 4: Merangka rancangan kewangan bergantung kepada pemahamn terhadap sasaran pelanggan di masa hadapan serta berdasarkan situasi kewangan semasa pelanggan. Perangkaan dibuat dalam bentuk yang mudah untuk difahami oleh pelanggan untuk tujuan pemahaman pelanggan.

  • Langkah 5: Menjalankan strategi yang dirancang seperti yang telah dirangka. Strategi dijalankan dengan menggunakan segala sumber yang wujud dari pihak pelanggan.

  • Langkah 6: Mengawasi strategi yang dijalankan dan mengemaskini status rancangan. Proses menjalankan strategi akan diawasi secara telus untuk memastikan ianya sepadan dengan sasaran pelanggan dalam aspek kewangan. Proses menyemak semula akan dijalankan dalam tempoh tertentu untuk mengenalpasti sebarang kekurangan atau perubahan terhadap situasi pelanggan, strategi dan juga sasaran pelanggan mengikut keperluan.

No comments:

Post a Comment