Tuesday, July 13, 2010

Menentukan keperluan kewangan individu

Perancangan keperluan kewangan peribadi secara meluas merujuk sebagai satu process menentukan sasaran kewangan peribadi,hala tuju dalam kehidupan dan keutamaannya, serta mengenal pasti sumber, risiko dan cara kehidupan dalam bentuk yang lengkap untuk menghasilkan satu rancangan yang realistik dan seimbang terhadap sasaran yang hendak dicapai. Sasaran individu akan digunakan sebagai titik rujukan terhadap setiap langkah yang diambil ataupun Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk mencapai sasaran tersebut.

Sepanjang proses pengumpulan data, tujuan setiap sasaran ditentukan untuk memastikan bahawa sasaran tersebut benar-benar bermakna dalam konteks situasi individu tersebut. Melalui proses analisis yang teliti, sasaran ini mestilah realisitik untuk dicapai oleh seseorang individu tersebut dengan mengambil kira situasi semasa serta situasi akan datang individu itu. Dalam proses ini, kekangan dan halangan untuk mencapai sasaran tersebut akan diambil kira. Informasi-informasi tersebut kemudiannya akan digunakan untuk menentukan sekiranya sumber yang diperlukan mencukupi atau tidak mencukupi untuk mencapai mana-mana sasaran yang dikehendaki serta menentukan perkara-perkara lain yang mesti diambil kira dalam proses mencapai sasaran.Seandainya sumber yang diperlukan tidak mencukupi atau gagal untuk mencapai mana-mana sasaran, sasaran tersebut haruslah diubah ke bentuk yang lebih relistik dan boleh dicapai.


Skop

Perancangan kewangan haruslah meliputi semua aspek dalam keperluan kewangan individu dan harus dibuktikan dengan pencapaian dalam setiap sasaran kewngan seseorang individu itu sendiri. Skop perancangan selalunya meliputi aspek:
  • Pengurusan risiko dan Insurans:-Teknik Menguruskan aliran tunai dalam pengurusan risiko dan insurans
  • Pelaburan dan Isu Perancangan:-Merancang, mewujudkan dan menguruskan pengumpulan modal untuk menjana keperluan modal pada masa akan datang dan aliran tunai untuk melabur semula serta perancangan pengeluaran
  • Perancangan Persaraan:-Perancangan untuk menentukan kebolehhan untuk bersara tanpa menghadapi masalah kewangan
  • Perancangan Cukai:-Kaedah mengurangkan kadar liabiliti cukai dan menggunakan lebihan tersebut untuk tujuan lain
  • Perancangan Harta Pusaka:-Kaedah penjanaan, pengumpulan, penukaran dan pembahagian aset.
  • Aliran Tunai dan Pengurusan Liabiliti:Menetapkan dan meningkatkan aliran tunai individu melalui pengurusan hutang dan cara hidup
  • Pengurusan Hubungan:-Beranjak daripada proses pengurusan kewangan individu ke aspek kekeluargaan seperti Perancangan Pendidikan untuk ahli keluarga

No comments:

Post a Comment