Tuesday, August 3, 2010

Property Loan Insurance (MRTA vs MLTA)

Disini saya ingin berkongsi sesuatu kepada anda pemilik rumah / pembeli rumah yang mungkin ada di antara kita yang tak tahu, atau taknak ambil tahu tentang tentang perkara ini. Mungkin ada pernah/biasa dengar, tapi tahukah anda maksud sebenar? Ok saya mulakan secara asas apa itu Property Insurance.

Mortgage Life Insurance
Mortgage Life Insurance adalah satu jenis perlindungan dimana ianya akan membayar/melangsaikan hutang peminjam apabila berlaku kematian atau TPD (Total Permanent Disability) sebelum pinjaman dibayar sepenuhnya.

Pada asasnya terdapat 2 jenis mortgage life insurance di pasaran iaitu MRTA/MDTA (Mortgage Reducing/Decreasing Term Assurance) dan Mortgage Level Term Assurance (MLTA)

Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) atau Mortgage Decreasing Term Assurance (MDTA)

MRTA/MDTA adalah jenis perlindungan direka untuk melindung peminjam daripada kematian atau TPD (Total Permanent Disability).

MRTA/MDTA adalah jenis polisi perlindungan yang ringkas dan sudah menjadi kebiasaan dan polisinya diterima pakai apabila peminjam ingin membuat pinjaman perumahan. Cara bayarannya adalah di bayar secara ‘upfront’ sekaligus. Peminjam boleh memilih jumlah dan berapa lama dia ingin membayar perlindungan tersebut dan bergantung kepada jumlah pinjaman, umur dan jantina.

Mortgage Level Term Assurance (MLTA)

MLTA berlainan sedikit dari MRTA/MDTA dan menawarkan peminjam yang inginkan perlindungan nyawa, simpanan & pulangan.

Ianya boleh dibayar secara tahunan, setengah tahun, bulanan dan pemegang polisi boleh memilih untuk mempunyai jenis-jenis perlindungan selain dari kematian dan TPD. Jumlah yang perlu di bayar bergantung kepada jenis perlindungan yang ingin di miliki.

Perbandingan antara MDTA & MLTA

MLTA
1) Polisi boleh dipindah antara bank apabila peminjam ingin membeli rumah baru atau refinance pinjaman kepada bank lain.

2) Anda hanya perlu membeli sekali sahaja, dengan jumlah yang sama, anda tidak perlu untuk memeriksa tahap kesihatan anda.

3) Bayaran akan dikira dan dicampur sebagai simpanan atau simpanan dengan keuntungan. Nilai wang boleh digunakan untuk mengurangkan atau membayar habis pinjaman perumahan anda. Sekaligus boleh mengurangkan tempoh bayaran pinjaman,

MRTA/MDTA
1) Polisi akan kekal kepada satu bank sahaja, jika anda ingin refinance atau membeli rumah baru, polisi baru akan dikenakan mengikut harga rumah tersebut.

2) Selalunya setiap kali anda ingin refinance, anda perlu buktikan bahawa anda adalah sihat untuk polisi MDTA.

3) Tidak mempunyai nilai penamatan polisi

Thursday, July 15, 2010

Pelaburan???....Yang mana harus dipilih?....

Melabur Ke Dalam ASB Dengan Menggunakan Pinjaman Peribadi atau Tanpa Pinjaman??

Bagi sesetengah orang, melabur dengan menggunakan wang pinjaman peribadi lebih berbaloi kerana anda akan memperolehi sijil ASB yang sah, dan bukannya sekadar 'xerox' copy jika menggunakan ASB Loan dari bank. Tambahan pula, anda akan merasa lebih gembira melihat simpanan sebanyak RM 10,000 di dalam buku ASB anda walaupun anda terpaksa membayar semula pinjaman sebanyak RM 226 sebulan selama 5 tahun.

Sebenarnya ramai orang tidak tahu hakikat sebenar Pinjaman Peribadi (Personal Loan) ni. Kalau personal loan itu dikira secara straight-calculation (seperti pinjaman kereta yang mempunyai fixed-interest), interest sebenar yang dicaj tidak sama dengan interest yang dipamerkan.

Pinjaman untuk 5 tahun pada 7.05%
Interest sebenar pada kadar APR = 12.6%

Pinjaman untuk 7 tahun pada 7.55%
Interest sebenar pada kadar APR = 13%

Walaupun nama pinjaman Islamik, pengiraan semua cara konvensional. Masalahnya, walaupun di dalam surat perjanjian ada tercatat interest sebenar dikira mengikut APR (Annual Percentage Rate), sesetengah bank tidak telus dengan TIDAK menyatakan kadar interest sebenar ini semasa berurusan dengan pelanggan. Sebaliknya mereka mengguna published rate 7.05% & 7.55% sehingga membuatkan pelanggan seperti anda menyangka mendapat faedah pinjaman peribadi yang rendah seperti pinjaman ASB Loan yang berasaskan kadar BLR 7%.

Kalau melabur ke ASB guna personal loan pada kadar interest 12-13% setahun, dan duit itu tadi dilabur dalam ASB yang cuma beri 7-8% setahun, nampak seperti tidak rasional. Sebaik-baik pelaburan adalah guna duit sendiri, dan bukannya dengan duit yang dipinjam (duit hutang).

Katakanlah anda pinjam RM 10,000 pada kadar 7.05% untuk 5 tahun. Interest sebenar 12.6% dan bayaran bulanan adalah RM 226 . Jumlah pembayaran selepas 60 bulan = RM 13,560.

Simpan duit RM10,000 itu dalam ASB yang beri faedah 7% setahun. Selepas 5 tahun, ia menjadi RM 14,025, dengan syarat dividen ASB dilabur semula.

Keuntungan yang anda dapat selepas 5 tahun bersusah payah bayar pinjaman
= RM 14,025 - RM 13,560 = RM 465 sahaja.

Alternatively, kalau anda simpan RM226 sebulan dalam ASB yang beri 7% setahun untuk 5 tahun,
Total Contribution = RM 13,560
Total Investment Value selepas 5 tahun menabung = RM 16,274.

As you can see, menabung dengan duit sendiri sebenarnya lebih untung, kerana pulangan lebih tinggi dan pulangan tersebut anda dapat bersih, tanpa disapu oleh pihak bank melalui interest yang dikenakan ke atas pinjaman peribadi ada. Masalah disiplin atau tidak, sebenarnya adalah isu peribadi. Mengapa bila berhutang boleh disiplin bayar RM226 sebulan tanpa gagal, sedangkan jika menyimpan RM226 sebulan anda akan dapat lebih dari itu?

Unit Trust dan Akaun 1 KWSP??

Saja mahu berkongsi pendapat umum ini berkenaan apa boleh dilakukan dengan simpanan KWSP anda, yang sejak kebelakangan ini, semakin rendah pulangan dividennya. Dari 6.84% tahun 2000, 6% tahun 2001 kepada 4.25% tahun 2002 dan tahun lepas iaitu 2009 ialah 5.65%.

Anda tentu tahu simpanan KWSP anda tidak boleh dikeluarkan, melainkan untuk tujuan-tujuan tertentu.

Akaun 1 KWSP

Anda boleh laburkan sebahagian wang KWSP dari Akaun 1 KWSP ke dalam pasaran unit trust yang diiktiraf. Ramai orang bila sebut unit trust, semua fikir satu benda - TAKUT RUGI. Sebenarnya, unit trust ini ada pelbagai jenis dana. Ada yang aggresive (pulangan tinggi/risiko tinggi), balanced (pulangan seimbang/risiko sederhana) dan konservatif (pulangan rendah/risiko rendah).

Jika anda ini tidak sanggup hadapi risiko kerugian (spt modal berkurangan), maka nasihat saya pilihlah dana yang konservatif. Pulangan insya-Allah, boleh dapat hampir setiap tahun kerana kebanyakan pelaburan dibuat kepada pasaran bon.

Akan tetapi, seandainya anda mahu melaksanakan hal ini, sila fikir semasak-masaknya.Kenapa?Kerana akaun 1 adalah satu-satunya rancangan persaraan anda.Dengan kadar inflasi yang sudah menjejaki 6.7%, kos sara hidup juga meningkat. Dalam kata lain, apabila anda bersara secara automatik kos sara hidup turut akan melonjak lagi.

Hal ini kerana , prestasi setiap unit amanah ini kadangkala berubah-ubah. Andai ada kesempatan saya akan upload kadar prestasi unit amanah di lain masa.

Akaun 2 KWSP

Jika anda mempunyai pinjaman rumah, gunakan Akaun 2 untuk mengurangkan baki pinjaman rumah anda. Ini kerana, interest pinjaman rumah adalah sekitar 7%-8%, manakala dividen KWSP hanyalah 4.25%.

Lebih baik anda kurangkan baki pinjaman, dapat jimat interest 7-8% dan akan memendekkan tempoh pinjaman serta mengurangkan jumlah interest yang perlu ditanggung secara keseluruhan.

Pengeluaran kedua KWSP untuk pinjaman rumah boleh dibuat setiap 3 tahun dari pengeluaran pertama. Hanya terhad untuk rumah pertama sahaja.

Bagi mereka yang mempunyai anak di IPT, gunakan Akaun 2 KWSP anda supaya anda mengurangkan jumlah pinjaman pelajaran yang perlu dibuat. Ada orang yang membuat pinjaman peribadi di bank tertentu untuk pendidikan anak.

Sesuatu yang anda perlu tahu, jika pinjaman peribadi itu dikira secara fixed-interest 7.55% setahun, interest sebenar yang dikenakan BUKAN 7.55%, sebaliknya hampir 13% setahun. Ini kerana kadar interest sebenar dibuat mengikut kadar APR (Annual Percentage Rate). Jadi, daripada menanggung hutang pada kadar 13% setahun, adalah lebih baik anda gunakan simpanan KWSP yang cuma beri 4.25% untuk kos pendidikan anak anda.

Wednesday, July 14, 2010

Proses

Secara amnya, proses perancangan kewangan peribadi ini di terima oleh umum sebagai 6 langkah iaitu:

  • Langkah 1: Menyediakan sasaran terhadap pelanggan.Langkah ini biasanya bertujuan mengenalpasti hala tuju pelanggan dalam aspek kewangan.Kebiasaannya langkah ini berkait rapat dengan langkah 2.

  • Langkah 2: Mengumpul maklumat yang berkaitan daripada pelanggan termasuk dari aspek kualitatif dan kuantitatif terutamanya yang berhubungkait dengan kewangan pelanggan secara khususnya dan yang tidak berkaitan dengan kewangan amnya.

  • Langkah 3: Menganalisis segala maklumat yang dikumpulkan untuk mengenalpasti kedudukan sebenar pelanggan dalam aspek kewangan. Hal ini turut bertujuan untuk menentukan sama ada pelanggan tersebut mempunyai sumber yang mencukupi untuk menuju ke sasaran yang ditetapkan serta mengenalpasti sumber-sumber tersebut.

  • Langkah 4: Merangka rancangan kewangan bergantung kepada pemahamn terhadap sasaran pelanggan di masa hadapan serta berdasarkan situasi kewangan semasa pelanggan. Perangkaan dibuat dalam bentuk yang mudah untuk difahami oleh pelanggan untuk tujuan pemahaman pelanggan.

  • Langkah 5: Menjalankan strategi yang dirancang seperti yang telah dirangka. Strategi dijalankan dengan menggunakan segala sumber yang wujud dari pihak pelanggan.

  • Langkah 6: Mengawasi strategi yang dijalankan dan mengemaskini status rancangan. Proses menjalankan strategi akan diawasi secara telus untuk memastikan ianya sepadan dengan sasaran pelanggan dalam aspek kewangan. Proses menyemak semula akan dijalankan dalam tempoh tertentu untuk mengenalpasti sebarang kekurangan atau perubahan terhadap situasi pelanggan, strategi dan juga sasaran pelanggan mengikut keperluan.

Tuesday, July 13, 2010

Menentukan keperluan kewangan individu

Perancangan keperluan kewangan peribadi secara meluas merujuk sebagai satu process menentukan sasaran kewangan peribadi,hala tuju dalam kehidupan dan keutamaannya, serta mengenal pasti sumber, risiko dan cara kehidupan dalam bentuk yang lengkap untuk menghasilkan satu rancangan yang realistik dan seimbang terhadap sasaran yang hendak dicapai. Sasaran individu akan digunakan sebagai titik rujukan terhadap setiap langkah yang diambil ataupun Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk mencapai sasaran tersebut.

Sepanjang proses pengumpulan data, tujuan setiap sasaran ditentukan untuk memastikan bahawa sasaran tersebut benar-benar bermakna dalam konteks situasi individu tersebut. Melalui proses analisis yang teliti, sasaran ini mestilah realisitik untuk dicapai oleh seseorang individu tersebut dengan mengambil kira situasi semasa serta situasi akan datang individu itu. Dalam proses ini, kekangan dan halangan untuk mencapai sasaran tersebut akan diambil kira. Informasi-informasi tersebut kemudiannya akan digunakan untuk menentukan sekiranya sumber yang diperlukan mencukupi atau tidak mencukupi untuk mencapai mana-mana sasaran yang dikehendaki serta menentukan perkara-perkara lain yang mesti diambil kira dalam proses mencapai sasaran.Seandainya sumber yang diperlukan tidak mencukupi atau gagal untuk mencapai mana-mana sasaran, sasaran tersebut haruslah diubah ke bentuk yang lebih relistik dan boleh dicapai.


Skop

Perancangan kewangan haruslah meliputi semua aspek dalam keperluan kewangan individu dan harus dibuktikan dengan pencapaian dalam setiap sasaran kewngan seseorang individu itu sendiri. Skop perancangan selalunya meliputi aspek:
  • Pengurusan risiko dan Insurans:-Teknik Menguruskan aliran tunai dalam pengurusan risiko dan insurans
  • Pelaburan dan Isu Perancangan:-Merancang, mewujudkan dan menguruskan pengumpulan modal untuk menjana keperluan modal pada masa akan datang dan aliran tunai untuk melabur semula serta perancangan pengeluaran
  • Perancangan Persaraan:-Perancangan untuk menentukan kebolehhan untuk bersara tanpa menghadapi masalah kewangan
  • Perancangan Cukai:-Kaedah mengurangkan kadar liabiliti cukai dan menggunakan lebihan tersebut untuk tujuan lain
  • Perancangan Harta Pusaka:-Kaedah penjanaan, pengumpulan, penukaran dan pembahagian aset.
  • Aliran Tunai dan Pengurusan Liabiliti:Menetapkan dan meningkatkan aliran tunai individu melalui pengurusan hutang dan cara hidup
  • Pengurusan Hubungan:-Beranjak daripada proses pengurusan kewangan individu ke aspek kekeluargaan seperti Perancangan Pendidikan untuk ahli keluarga

Monday, July 12, 2010

Perancangan Kewangan Secara Berhemah


Perancang Kewangan???


Perancang kewangan atau perancang kewangan peribadi ialah merujuk kepada individu yang mempraktiskan secara professional kaedah yang berkaitan dengan isu-isu kewangan peribadi melalui perancangan secara strategik yang tidak terhad terhadap aspek-aspek

  • Pengurusan Aliran Tunai
  • Perancangan Pendidikan
  • Perancangan Persaraan
  • Perancangan Pelaburan
  • Perancangan Risiko dan Insurans
  • Perancangan Cukai
  • Perancangan Harta Pusaka
  • Perancangan Perniagaan Berjaya(Untuk pemilik perniagaan)
Tugasan mereka lebih menjurus kepada perancangan kewangan peribadi. Dalam usaha menjalankan pengurusan kewangan ini, mereka akan merangka rancangan kewangan;yang strategik dan lengkap merujuk kepada situasi spesifik individu untuk memenuhi keperluan kewangan individu tersebut.

Objektif:

Seseorang individu yang mencari perancang kewangan kerana menghadapi masalah dalam isu-isu berikut:
  • Penyediaan Hala tuju dan definisi dalam keputusan kewangan
  • Membolehkan seseorang individu memahami bagaimana setiap keputusan yang diambil dalam kewangan mempengaruhi aspek kewangan yang lain dan
  • Membolehkan seseorang individu untuk menerima perubahan dalam kehidupan untuk membolehkan individu tersebut lebih berasa selamat

Hasil yang terbaik apabila mendapatkan khidmat perancang kewangan yang komprihensif dari sudut pandangan individu atau keluarga ialah:
  • mencipta kebarangkalian yang tinggi untuk mencapai sasaran yang ditetapkan dalam aspek kewangan
  • mewujudkan satu langkah yang sentiasa dikemaskini serta proakktif dalam usaha menghadapi sebarang masalah semasa menuju ke sasaran yd ditetapkan dalam kewangan dan
  • membuat pilihan bijak dalam aspek kewangan seperti menyewa atau membeli